Sunday, February 8, 2009

HiDuP uMpAmA SaTu PelAyAraN~~

Khas buat pembaca yang dihormati sekalian....

Hidup ini adalah ibarat sebuah pelayaran, ia hanyalah sebuah persinggahan yang tidak akan kekal selamanya. Mengapa saya andaikan hidup ini umpama sebuah pelayaran???usahlah anda semua mengerut dahi memikirkan perkara yang begitu mudah..

Tentu anda semua sedia maklum bahawa hidup ini adalah sementara. Anda tidak akan pernah kekal selamanya menjalani kehidupan di dunia yang penuh dengan kegembiraan dan juga onak berduri. Hidup ini hanyalah seketika..

Bayangkan anda di dalam sebuah pelayaran yang begitu jauh sehingga anda sendiri tidak pasti ke manakah hala tuju destinasi anda..Begitu juga dalam realiti kehidupan anda. Kadang-kadang anda juga tidak tahu apakah destinasi sebenar kehidupan anda..

Didalam pelayaran pastinya anda akan mengalami situasi yang menggembirakan, mencemaskan, membahagiakan, menakutkan,menyedihkan dan pelbagai lagi. Namun anda sudah pasti tidak akan berhenti selagi tidak sampai ke destinasi yang dituju. Begitu juga dengan lumrah kehidupan!Anda pastinya akan menghadapi pelbagai situasi yang menggembirakan ataupun sebaliknya dan walau apapun yang anda hadapi anda perlu terus menghadapinya tanpa berhenti ditepi jalan. Tetapi adakah anda tahu??Kemanakah destinasi kehidupan anda????


No comments:

Post a Comment